diambil PKD itu sangat baik khususnya bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan ujian tersebut untuk kesejahteraan keluarga.
Katanya, ujian tersebut merupakan permulaan kepada tindakan-tindakan lain yang boleh diambil oleh ibu bapa sekiranya anak mereka berisiko menghidap pelbagai penyakit ralat metabolisme termasuk kerencatan fizikal dan gangguan metabolisme tubuh.
``Ibu bapa perlu berperanan bagi memastikan kesejahteraan anak-anak dan langkah mendapatkan perkhidmatan ujian saringan bayi ini mampu untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk bayi mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat berkenaan yang turut diiktiraf menjadi pusat ujian air kencing untuk sukan besar dunia termasuk sukan SEA, Komanwel dan sebagainya.
Khaled turut menegaskan, beberapa negara di luar seperti Amerika Syarikat, Arab Saudi dan beberapa wilayah lain di serata dunia telah mewajibkan ujian seumpama itu terhadap golongan ibu bapa.
``Kita berharap masyarakat di negara ini memperoleh kesedaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini. USM juga diharap dapat mempertingkatkan usaha meluaskan perkhidmatan ini kepada seluruh masyarakat Malaysia,’’ jelas beliau.
Sementara itu, Pengarah PKD, Profesor Aishah A. Latiff pula berkata, ralat metabolisme dalam kalangan bayi yang baru dilahirkan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka sehingga paling buruk, mampu mengancam nyawa.
Namun katanya, dengan pengesanan awal dan disusuli dengan rawatan ia dapat mengurangkan ancaman terhadap bayi dan memberi maklumat berguna kepada ibu bapa khasnya dalam mencari kaedah terbaik menyembuhkan penyakit bayi mereka.
``Ujian ini penting dalam mengurangkan risiko penyakit ralat metabolisme dalam kalangan bayi. PKD telah bekerjasama dengan hospital serta klinik-klinik swasta di negara ini dalam menyalurkan khidmat analisis ujian saringan bayi ini.
``Keputusan ujian dapat diketahui dengan pantas iaitu dalam tempoh 24 hingga ke 72 jam dan ibu bapa tidak perlu khuatir kemungkinan keputusan itu kurang tepat kerana kaedah penghantaran sampel ujian dilakukan dengan cara yang paling selamat,’’ jelasnya.
Tambah Aishah, PKD telah menghasilkan satu teknik penghantaran sampel melalui kit khas yang berteknologi tinggi dan melindungi sampel supaya ia tidak mudah rosak.
Foto: Mohd. Fairus Md. Isa